KIRA-KIRA dua tahun berlalu selepas vokalis XPDC Militia Ali diserang strok, namun nyata ia tidak melemahkan semangatnya yang kelihatan kembali bangkit berjuang dalam industri muzik tanah air.
Walaupun pada awalnya kelihatan agak sukar menjangkakan hayat perjuangannya bersama anggota XPDC yang lain, tetapi rata-rata peminat fanatik kini menarik nafas lega apabila kumpulan heavy metal itu kembali menggegar pentas konsert kebelakangan ini.
Sekali imbas Ali sudah kelihatan pulih sepenuhnya dan mampu melantunkan vokal asalnya dalam setiap lagu yang disampaikan.
Bagaimanapun di sebalik aksi lincah dan lantunan bertenaganya itu terselit cerita yang mampu membuatkan ramai terkejut.
Berkongsi kepada Astro AWANI baru-baru ini, Ali berkata tahap kesihatannya kebelakangan ini sebenarnya tidaklah sebaik yang dilihat oleh peminat, sebaliknya agak terganggu dengan beberapa simptom yang sukar dijelaskan.
Ali yang turut pernah terkena serangan jantung sebelum ini menjelaskan, masalah kesihatannya beransur pulih dengan baik dan tidak menunjukkan tanda-tanda akan kembali menyerangnya.
Tetapi, menurutnyay agak 'pelik' apabila dia beberapa kali mengalami insiden tidak sedarkan diri secara tiba-tiba tanpa sebarang petanda selain muntah-muntah yang agak teruk.
"Saya telah melakukan pemeriksaan di hospital selepas beberapa kali dilanda masalah itu, namun doktor mengesahkan tidak ada apa-apa yang menunjukkan bahawa saya mengalami masalah kesihatan
atau penyakit lama saya itu menyerang kembali.
"Ia agak sukar juga sebenarnya untuk dijelaskan, namun saya kini sedang berusaha dengan melalui beberapa ikhtiar dan usaha secara alternatif," katanya ketika diminta mengulas keadaan sebenar yang dialaminya.
Bagaimanapun katanya lagi, keadaan itu semakin baik selepas menjalani beberapa sesi perubatan selain menunjukkan keadaan yang semakin pulih.
Perkara itu turut disahkan oleh pemain dram XPDC, Lola yang turut bersimpati dengan keadaan yang dialami oleh Ali.
Jelasnya pada peringkat awal selepas mengalami serangan strok, keadaan Ali agak kritikal namun semua anggota XPDC bersyukur apabila dia tidak mengambil masa yang terlalu lama untuk kembali pulih sepenuhnya.
Apa yang berlaku kebelakangan ini juga kata Lola memang agak mengejutkan semua anggota XPDC yang sama sekali tidak menjangkakan ia berlaku.
"Agak sukar sebenarnya untuk dijelaskan kepada orang bagaimana keadaan itu berlaku, namun ia memang benar berlaku dan kita tidak boleh menolak kemungkinan itu.
"Serba salah sebenarnya untuk kita bercerita takut nanti orang tak percaya dan mungkin akan menyebarkan fitnah yang bukan-bukan... tetapi itulah realiti yang berlaku.
Sementara itu menurut isteri Ali, Sharifah Syarzana pula, walaupun pahit ia adalah satu takdir yang perlu mereka tempuh bersama. Namun dia bersyukur dengan sokongan yang diberikan oleh banyak pihak termasuk rakan taulan.
"Beberapa rakan dan kenalan yang mengenali kami turut menghulurkan bantuan perubatan dengan pelbagai cara dan Alhamdulillah keadaan Ali sedikit sebanyak menunjukkan tanda yang agak positif. Ini adalah takdir yang perlu dilalui,"jelasnya.
XPDC Militia baharu sahaja selesai mengadakan konsert di utara tanah air bulan lalu dengan jayanya walaupun di sebalik keadaan kesihatan Ali tidak begitu baik ketika itu.
Raja Hisyam Raja Zaid
Sun Jan 14 2024
Ali berkata tahap kesihatannya kebelakangan ini sebenarnya tidaklah sebaik yang dilihat oleh peminat. - Gambar/ XPDC Militia
Perkahwinan Datuk Red, Datin Red berakhir dengan penceraian, sempat bermaaf-maafan
Lafaz cerai talak satu itu dibacakan oleh Adnan atau dikenali sebagai Datuk Red di hadapan hakim syarie, Mohd Nurulazhar Mohd Tohar.
Ketua PBB sedih dengan kematian kakitangannya di Gaza
Setiausaha Agung mengutuk semua serangan ke atas kakitangan PBB dan menggesa siasatan penuh.
OpenAI umum aplikasi desktop untuk ChatGPT, boleh akses pantas ketika lakukan tugasan
Aplikasi desktop ini diperkenalkan terlebih dahulu untuk pengguna berbayar MacOS, dan dijangka diperluaskan kepada pengguna Windows tidak lama lagi.
Bursa Malaysia dibuka rendah
Pada 9.05 pagi, FBM KLCI turun 1.24 mata kepada 1,601.67 daripada 1,602.29 semalam.
Terpaksa tidur dalam lokap gara-gara tak bawa MyKad
Orang ramai dinasihatkan supaya membawa kad pengenalan diri ke mana sahaja destinasi yang hendak dituju.
Polis tumpas kegiatan proses arak tiruan, rampasan lebih setengah juta ringgit
Secara keseluruhan, 1,683 liter alkohol dirampas dalam serbuan itu selain sebuah kereta jenis Toyota Estima disita.
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS
Dolar AS kekal stabil walaupun terdapat laporan mengenai jangkaan inflasi yang lebih tinggi menjelang pengumuman data penting AS.
Rungutan beras berkurang berbading peringkat awal - Mat Sabu
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata rungutan beras berkurangan sedikit berbading peringkat awal. #AWANInews
Piala Belia: FAM pandang serius insiden gaduh aksi Melaka, Sri Pahang
FAM sudah terima laporan lengkap kejadian yang disifatkan sebagai tidak beradab itu dan akan menentukan bentuk hukuman sewajarnya.
Kadar SSL daging ternakan ruminan di Malaysia bawah 20 peratus - Mat Sabu
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata kadar tahap sara diri (SSL) daging ternakan ruminan di Malaysia bawah 20 peratus. #AWANInews
Tahap kesihatan Ali XPDC 'pelik tapi benar'
Serangan strok tidak melemahkan semangat Ali yang kelihatan kembali bangkit berjuang dalam industri muzik tanah air.
Pelawak Abam Bocey meninggal dunia
Hidayah memberitahu Allahyarham demam dan mengadu kurang sihat sejak dua hari lalu.
TAMANZ tersingkir kerana perbezaan tipis, ini markah penuh minggu keenam Muzikal Lawak Superstar
Mungkin tiada rezeki buat Tamanz...
Kelab peminat bukan sekadar kumpulan sorak
Kelab peminat 'Ali Ola Bola' ini serius jalankan tanggungjawab sosial, yang diharap mampu menyemai nilai murni dalam kalangan anggotanya.
Fatimah dan Ali terus cuit hati netizen, 'gapoever' trending di laman sosial
Keletah dua beradik ini mencuit hati dan penggunaan perkataan 'gapoever' undang gelak ketawa netizen.